Sunday, November 13, 2016

PEMBERITAHUAN : PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI


Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di IAB Bandar Enstek dan semua Cawangan IAB. 


Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai Khamis, 10 November 2016 dan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 10 Disember 2016.

JAWATAN:  PENSYARAH KANAN DG48, PENSYARAH DG44,
PEGAWAI PEMBANGUNAN DG44 & PEGAWAI PENYUNTING DG41
  
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1.      Pensyarah Kanan Gred DG48
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjanadan
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2.      Pensyarah Gred DG44
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjanadan
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3.      Pegawai Pembangunan Gred DG44
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana;
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41; dan
c)      Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan

4.      Pegawai Penyunting Gred DG41

a)      Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b)      Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktirafdan
c)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41
Maklumat permohonan boleh dilayari di pautan berikut:


Sila klik untuk maklumat lanjut



EmoticonEmoticon