Sunday, November 13, 2016

KENYATAAN MEDIA: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengesahkan berkenaan tarikh rasmi keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan pada 17 November 2016 iaitu pada hari Khamis. Calon dan juga ibubapa boleh menyemak keputusan dengan menggunakan perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi pada hari pengumuman tersebut.


Pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan perkara ini boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Sila klik untuk maklumat lanjut


EmoticonEmoticon