Saturday, October 29, 2016

STPM : Kalendar Peperiksaan STPM 2017


Kalendar Peperiksaan STPM 2017

Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2017. Berikut adalah Kalendar Peperiksaan STPM 2017 yang memaparkan maklumat berkaitan jadual dan tarikh penting peperiksaan. Kalendar yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ini beserta dengan Jadual Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 serta peperiksaan Ulangan Penggal 1 dan 2.

Berikut dikongsikan kalendar/ jadual peperiksaan STPM 2017 yang meliputi tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab. Grafik kalendar peperiksaan boleh dirujuk di atas.

1. STPM Penggal 1 2017


  • Tarikh Pendaftaran 2017 : 16 Jun hingga 15 Julai 2016 
  • Tarikh Peperiksaan Bertulis : 15, 16, 17 dan 21 November 2016


2. STPM Penggal 2 2017 


  • Tarikh Pendaftaran : 16 Jun hingga 15 Julai 2016 
  • Tarikh Peperiksaan Bertulis : 22, 23, 24 dan 25 Mei 2017


3. STPM Penggal 3 2017


  • Tarikh Pendaftaran : 16 Jun hingga 15 Julai 2016 
  • Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab : 10, 11, 12, 16, 17 dan 18 Oktober 2017 
  • Tarikh Peperiksaan Bertulis : 6, 7, 8, 9 dan 13 November 2017


4. STPM Ulangan Penggal 1 2017 


  • Tarikh Pendaftaran : 3 April hingga 15 Mei 2017 
  • Tarikh Peperiksaan Bertulis : 14, 15, 16, dan 20 November 2017


5. STPM Ulangan Penggal 1 2017 


  • Tarikh Pendaftaran : 3 hingga 16 Ogos 2017 
  • Tarikh Peperiksaan Bertulis : 21, 22, 23 dan 28 November 2017


Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2016 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, 
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-6126 1600 
Faksimile: 03-61361488 
Portal MPM: www.mpm.edu.my 
E-mel: ppa@mpm.edu.my


Sila klik untuk muat turun




EmoticonEmoticon