Saturday, October 1, 2016

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang sejak dahulu lagi. Ini kerana Sekolah Berasrama Penuh banyak peluang untuk pelajar mencapai potensi diri ke tahap yang maksimum. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga terbukti dalam melahirkan pelajar yang terbilang dalam banyak aspek nilai manusia di samping dapat menyerlahkan lagi potensi modal insan yang dibanggakan.



Sehubungan dengan itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sememangnya menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi menyediakan serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai modal insan kelas dunia dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Oleh yang demikian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mempelawa calon-calon yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2017.

Permohonan secara 'Online' akan dibuka pada:-

  • 15 Oktober - 15 November 2016 (Tingkatan 1)
  • 1 Disember - 30 Disember 2016 (TIngkatan 4)


EmoticonEmoticon