Tuesday, October 4, 2016

Permohonan Kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2017


Maktab Tentera Diraja mempelawa pelajar lelaki tingkatan 3 yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tenterei Diraja (MTD) bagi pengambilan tahun 2017. 
Pelajar yang berminat hendaklah memiliki keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang cemerlang disamping syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Maktab Tentera Dikaja (MTD).

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut: 
  • Warganegara Malaysia. 
  • Jantina - Lelaki. 
  • Tinggi Minimum - 152 sm. 
  • Berat Minimum - 40.5 kg. 
  • Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27. 
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas) 
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12). 
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak. 
  • Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan. 
  • Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik. 
  • Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). 
  • Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017. 
  • Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017. 
  • Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan.
Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my

Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2016.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.



EmoticonEmoticon