Saturday, October 1, 2016

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2017


Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan tempat pengajian pilihan pelajar di Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2017 telah dibuka untuk semua pelajar Tingkatan 3 yang berminat.  

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka sistem aplikasi atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2017 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 
Permohonan dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016.

Syarat- Syarat Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1

  1. Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 (Semenanjung)
  2. Syarat Umum Kelayakan Masuk ke MRSM Tingkatan 1 Semenanjung
  3. Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 (Sabah/Sarawak)
  4. Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Tingkatan 1 (Sabah/Sarawak)

Syarat- Syarat Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 4

  1. Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 (Semenanjung)
  2. Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Tingkatan 4 (Semenanjung)
  3. Iklan Dan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 (Sabah/Sarawak)

Cara dan Langkah Untuk Membuat Permohonan Atas Talian (Online)

  1. Calon hendaklah mendapatkan kata laluan terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem borang permohonan online.
  2. Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna.
  3. Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, calon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.


This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon