Saturday, October 8, 2016

Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)

Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6) adalah selaras dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tahun 1. Penggunaan templat pelaporan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Taskforce Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.16/2015 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Panduan ini disediakan untuk membantu guru kelas menyediakan pelaporan PST6 bagi setiap murid Tahun 6 mulai 2016. Pelaporan PST6 ini adalah merupakan salah satu daripada pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan bersekali dengan ketiga-tiga komponen PBS yang lain iaitu Pentaksiran Pusat (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), Pentaksiran Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometri.

Berikut adalah beberape dokumen yang berkaitan dengan perlaksaan PST6.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)

Sila klik untuk muat turun


EmoticonEmoticon