Saturday, October 8, 2016

Hari Sukan Negara (Sabtu Minggu Kedua Bulan Oktober Setiap Tahun)

Tags


Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal di isi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.


OBJEKTIF


  1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
  3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


EmoticonEmoticon