Wednesday, October 26, 2016

BAJET 2017: Sembilan Kemudahan Untuk Penjawat Awam


BAJET 2017 : Sembilan Kemudahan Untuk Penjawat Awam

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober 2016 turut mengandungi sembilan kemudahan bagi menghargai 1.6 juta penjawat awam yang menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.

Berikut adalah 9 Kemudahan Untuk Penjawat Awam:-
  1. Kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya diberi kepada kumpulan pengurusan dan profesional, kini akan turut ditawarkan kepada kumpulan pelaksana.
  2. Pemberian cuti kuarantin apabila anak mereka sakit dan perlu dikuarantin, menerusi cuti tanpa rekod selama lima hari.
  3. Kemudahan pembiayaan pembelian komputer kepada pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 bagi setiap tiga tahun.
  4. Pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000
  5. Menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi dinaikkan kepada RM750,000 berbanding RM600,000 sebelum ini.
  6. Sebanyak 30,000 unit rumah PPA1M akan disiapkan dan penjawat awam turut ditawarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran iaitu antara RM90,000 hingga RM300,000.
  7. Pegawai kontrak dalam sektor perkhidmatan awam, pekerja lantikan 'Contract Of Service' dan 'Contract For Service' yang akan tamat tempohnya pada penghujung tahun ini, kontrak akan dilanjutkan sekurang-kurangnya satu tahun lagi.
  8. Pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar akan diberi satu lapisan gred baharu iaitu gred 56 antara gred 54 dan JUSA C.
  9. Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya bulan Disember tahun ini (2016) kerana kekangan jawatan tetap.

Semoga kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan akan dapat memberikan manafaat kepada semua penjawat awam seterusnya dapat memotivasikan mereka. 



EmoticonEmoticon