Sunday, November 13, 2016

PEMBERITAHUAN : IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA


Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi  jawatan  Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail  Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.  


BIL

SEKOLAH

JENIS SUKAN


1

Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9


Angkat Berat
Bola Jaring
Bola Tampar
Gimrama
Gimnastik
Ping Pong
Renang
Squash
Wushu

2

Sekolah Sukan Malaysia 
Tunku Mahkota Ismail

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
  
Bola Jaring
Boling Padang
Hoki (P)
Lawan Pedang
Olahraga (L&P)
Sepak Takraw
Tenpin Boling


3


Sekolah Sukan Malaysia  Pahang


3.1
3.2
3.3
3.4

Bola Keranjang (L)
Gimnastik (L)
Memanah (P)
Olahraga (L&P)


4

Sekolah Sukan Malaysia  Sabah

4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
  
Bola Sepak (P)
Renang (L)
Terjun Air (P)
Memanah
Olahraga (L&P)

5
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
Angkat Berat
Boling Padang
Judo
Lawan Pedang
Lumba Basikal
Olahraga (L&P)






Syarat dan kelayakan
 Pegawai Perkhidmatan Awam:
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan dibidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang dikeluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan sekurang-kurangnya Tahap 1;
  • Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
  • Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Syarat dan kelayakan Bukan Pegawai Perkhidmatan Awam:
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan dibidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang dikeluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan;
  • Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
  • Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Faedah Kerja :
  • Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:
Gaji Peminjaman  =     Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif
   peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai
(Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap)
  • Jurulatih bukan Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya akan menerima gaji mengikut kelayakan dan pertimbangan pihak berkuasa melulus. 

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

  • Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan
  • Permohonan yang telah lengkap bolehlah dikemukakan kepada Pengarah,  Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Catatan : Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sila klik untuk muat turun borang PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN

PEMBERITAHUAN : PENDAFTARAN MUET SESI MAC 2017

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 kini dibuka hingga 9 Januari 2017. Semua yang berminat untuk menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2017 diminta untuk mendaftar.


Sila layari portal MPM di  www.mpm.edu.my untuk maklumat lanjut. 

Sila klik untuk maklumat dan pendaftaran secara online. 

KENYATAAN MEDIA : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERKENAAN DAKWAAN AKHBAR CHINA PRESS TERDAPAT PENJUALAN SOALAN SPM 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap perkara yang disiarkan melalui akhbar China Press mengenai sindiket penjualan soalan-soalan SPM 2016 yang disiarkan pada 13 November 2016.

Siasatan sedang dijalan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat. Tindakan ke atas mereka akan diambil dan akan didakwa oleh pihak berkuasa.


Kenyataan Media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan perkara ini boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sila klik untuk maklumat lanjut


PEMBERITAHUAN : PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI


Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di IAB Bandar Enstek dan semua Cawangan IAB. 


Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai Khamis, 10 November 2016 dan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 10 Disember 2016.

JAWATAN:  PENSYARAH KANAN DG48, PENSYARAH DG44,
PEGAWAI PEMBANGUNAN DG44 & PEGAWAI PENYUNTING DG41
  
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1.      Pensyarah Kanan Gred DG48
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjanadan
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2.      Pensyarah Gred DG44
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjanadan
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3.      Pegawai Pembangunan Gred DG44
a)      Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana;
b)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41; dan
c)      Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan

4.      Pegawai Penyunting Gred DG41

a)      Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b)      Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktirafdan
c)      Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41
Maklumat permohonan boleh dilayari di pautan berikut:


Sila klik untuk maklumat lanjut


KENYATAAN MEDIA: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengesahkan berkenaan tarikh rasmi keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan pada 17 November 2016 iaitu pada hari Khamis. Calon dan juga ibubapa boleh menyemak keputusan dengan menggunakan perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi pada hari pengumuman tersebut.


Pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan perkara ini boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Sila klik untuk maklumat lanjut

Wednesday, November 9, 2016

KENYATAAN MEDIA : Penafian Kebocoran Kertas Peperiksaan Sejarah 1 dan 2 SPM Tahun 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan berita tentang kebocoran kertas peperiksaan Sejarah 1 dan 2 yang disebarkan melalui media sosial. Siasatan yang telah dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati TIDAK berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan.
Sila klik untuk maklumat lanjut

Sunday, November 6, 2016

SPM & STPM : Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2016


Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2016
Peperiksaan SPM & STPM akan bermula pada 7 November 2016. Diharapkan semua calon dapat membuat persiapan yang rapi dan bersedia. Semoga usaha dan pengorbanan akan membuahkan hasil yang diingini.

Kami dari GuruMalaysia.Net ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2016. Selamat maju jaya kepada semua calon yang terlibat.

Berikut kami sediakan jadual waktu peperiksaan SPM 2016 sebagai rujukan kepada calon terlibat

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2016

NOTA INTENSIF SPM (TERAS)

  1. Nota Intensif SPM Bahasa Melayu
  2. Nota Intensif SPM Bahasa Inggeris
  3. Nota Intensif SPM Sejarah
  4. Nota Intensif SPM Sains
  5. Nota Intensif SPM Matematik
  6. Nota Intensif SPM Pendidikan Islam
  7. Nota Intensif SPM Pendidikan Moral

NOTA INTENSIF SPM (ELEKTIF)

  1. Nota Intensif SPM Fizik
  2. Nota Intensif SPM Kimia
  3. Nota Intensif SPM Biologi
  4. Nota Intensif SPM Matematik Tambahan
  5. Nota Intensif SPM English for Science and Technology (EST)
  6. Nota Intensif SPM Prinsip Perakaunan
  7. Nota Intensif SPM Ekonomi Asas
  8. Nota Intensif SPM Perdagangan
  9. Nota Intensif SPM Geografi
  10. Nota Intensif SPM Kesusasteraan Melayu
  11. Nota Intensif SPM Ekonomi Rumah Tangga
  12. Nota Intensif SPM Bahasa Arab Tinggi
  13. Nota Intensif SPM Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  14. Nota Intensif SPM Tasawwur Islam
  15. Nota Intensif SPM Pendidikan Syariah Islamiah
  16. Nota Intensif SPM Pengetahuan Sains Sukan
  17. Nota Intensif SPM Reka Cipta